AMERIKA Syarikat mengumumkan duti import baru untuk biodiesel dari Argentina dan Indonesia, selepas pegawai mendakwa kedua-dua negara itu menerima subsidi kerajaan AS yang tidak sesuai.
Tindakan itu dicetuskan susulan aduan daripada pengeluar AS yang mengatakan import dua negara itu boleh dianggap sebagai persaingan tidak adil.
“AS menghargai hubungan dengan Argentina dan Indonesia tetapi negara sekutupun perlu mematuhi peraturan,” kata Setiausaha Perdagangan Wilbur Ross dalam satu kenyataan.
Pentadbiran Trump secara agresif memantau hubungan perdagagangan dan berulang kali menggesa hubungan perdagagangan dua hala yang tidak seimbang ditamatkan.
Pada 2016, import biodiesel Argentina dan Indonesia bernilai AS$1.2 bilion dan AS$268 juta menurut Jabatan Perdagagangan.
Menurut pengiraan awal pihak berkuasa, import dari Argentina menerima subsidi pada kadar 50.5 hingga 64.2% sementara import Indonesia menerima subsidi pada kadar 41 hingga 68.3%. – AFP, 23 Ogos, 2017.
Komen