Lapangan terbang Hong Kong tunda penerbangan berikutan taufan Hato


Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong akan terjejas sepanjang hari esok.– Gambar EPA, 22 Ogos, 2017.

SYARIKAT penerbangan Hong Kong membatalkan penerbangannya bersama beberapa lagi syarikat penerbangan lain berikutan taufan Hato yang sedang menghampiri kawasan lapangan terbang negara itu.

Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong berkata, penumpang perlu mengesahkan jadual penerbangan mereka sebelum menuju ke lapangan terbang.

“Oleh kerana taufan Hato semakin menghampiri, penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong akan terjejas sepanjang hari esok,” katanya.

Syarikat pernerbangan Cathay dalam satu kenyataan di laman webnya berkata, kelajuan angin dan arah “akan menjejaskan operasi penerbangan dengan teruk”  dan menambah walaupun operasi kekal normal pada malam Selasa.

Pusat pemantauan cuaca mengeluarkan amaran taufan tahap 3 pada malam Selasa apabila angin berkelajuan antara 41 hingga 62 kilometer sejam dijangka melanda kawasan itu.

Ia juga dijangka mampu menjangkau amaran taufan tahap 8, yang merupakan amaran tahap ketiga tertinggi menjelang tengah malam.

Hong Kong biasanya dilanda taufan antara Julai dan Oktober.

Bandar itu pernah menyaksikan taufan paling teruk pada 1962 di mana taufan Wanda melanda dengan kelajuan angin 284 kilometer sejam.

130 orang terbunuh manakala ribuan tempat tinggal musnah menyebabkan 72,000 orang kehilangan tempat tinggal.  – AFP, 22 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen