.jpg)
TINDAKAN kerajaan Australia mengitirafkan barat Baitulmuqqadis sebagai ibu negara Israel amat mengecewakan kita di Malaysia.
Negara Australia terletak di Asia berdekatan dengan Indonesia negara teramai umat Islam yang patut dihormati Australia. Malangnya sikap sebaleknya yang berlaku.
Australia sebenarnya menghadapi krisis identiti sejak kian lama lagi.
Kita sering dengar orang barat yang mengatakan “saya adalah saorang wanita yang terperangkap di dalam badan lelaki” apabila mereka menghadapi krisis identiti jantina!
Australia pula adalah sebuah negara di rantau Asia-Pacific yang di lahir terdiri dari rakyat berketurunan barat dari Eropah. Jasad di Timur tetapi pemikiran serta mentaliti dan identiti mirip orang Barat.
Tidak berapa lama dahulu rakyat Australia sering bercuti ke Eropah dan hanya melalui tampa menyingah negara jiran Asia mereka seperti Indonesia atau Malaysia, dua negara majoritinya umat Islam. Kefahaman budaya serta sensitiviti mereka terhadap jiran jiran Islam mereka sangat berkurangan.
Ini tidak banyak sangat berubah sehingga hari ini.
Bagaimanapun dalam bidang perniagaan dan ekonomi pula Australia mahu menjadi sebahagian dari kumpulan rantau Asean dan Asia.
Dalam bidang perniagaan komersial yang boleh menguntungkan Australia mereka mahu bersama Asean-Asia sementara roh serta komitmen politik mereka berada di Uropah.
Inilah dilema sikap Australia.
Badan fisikal Australia di Asia sementara kepala serta roh mereka di Barat.
Perdana Mentri Australia dahulu pernah menyatakan ‘we are the Sherif for America in Asia’. (Kami adalah ketua polis untuk Amerika yang dilantik untuk Asia.)
Kenyataan ini tidak bijak dan telah menguris hati jiran serantau seolah kita ini budak nakal yang perlu dipantau. Australia perlu mangubah sikapnya terhadap jiran dan dunia secara kesrluruhannya.
Pendirian Australia tentang Baitulmuqaddis untuk mengambil hati Israel dan tuan besarnya, AS amat mengecewakan umat Islam di rantau Asean khususnya dan seluruh dunia secara aamnya.
Pendirian Australia bertentangan dengan resolusi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) , tetapi Australia lebih taat kepada Amerika dan sekutunya Israel berbanding badan dunia itu.
Kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin memang jelas dan lama berterusan. Tiada justifikasi tindakan Australia dalam isu ini.
Australia mesti membuat perubahan besar dasar sikap polisi luarnya terhadap sensitiviti jiran jirannya dan juga terhadap dunia Islam keseluruhannya untuk menjadi relevan kepada rantau ini dan juga dunia.
Australia mesti menghormati resolusi PBB dan juga jiran jiran Islamnya seperti Indonesia, Malaysia dan Brunei.
Amanah membantah sekeras kerasnya sikap Australia dan mendesak Australia mengkaji semula keputusan serta pendirian mereka dalam isu Baitul Maqadis dan penderitaan serta hak orang Palestin yang di tindas dan di kejami Israel bersama sekutu kuatnya Amerika Syarikat.
*Raja Bahrin Shah merupakan Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH.*
* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.
Komen