KHALID Samad hari ini mendedahkan akaun banknya tinggal baki kurang RM1,000 setiap bulan walaupun beliau anggota Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Ini kerana beliau ada komitmen terhadap keperluan parti dan pihak-pihak yang memerlukan bantuannya, di samping semua menteri dipotong elaunnya, kata Menteri Wilayah Persekutuan itu.
“Jadi jangan buat andaian bila kami jadi menteri kata kami dah seronok. Saya nak beritahu di sini, tiap-tiap bulan, akaun saya tak sampai RM1,000 setiap bulan.
“Macam mana… orang nak duit, parti perlu duit, tapi saya tak mahu cerita panjang di sini,” katanya, ketika sesi penggulungan portfolionya di Konvensyen Nasional Amanah 2018, di, Ipoh hari ini. – 16 Disember, 2018.
Komen