SPRM serbu pejabat Unisel, MBI, Jana Niaga


Serbuan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap Unisel, MBI dan Jana Niaga Sdn Bhd dipercayai bagi membantu siasatan berhubung isu keraguan kontrak yang membabitkan nilai jutaan ringgit. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Ogos, 2017.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan serbuan terhadap Universiti Selangor (Unisel), Menteri Besar Incorporated (MBI) dan Jana Niaga Sdn Bhd, pagi ini.

Menurut The Star Online, tindakan SPRM itu dipercayai berdasarkan laporan yang dibuat terhadap Menteri Besar Selangor Azmin Ali dan MBI berhubung pertikaian antara Unisel dan kontraktornya, Jana Niaga Sdn Bhd.

Dilaporkan Jana Niaga didakwa menerima pampasan kewangan dan kontrak baru daripada Unisel, walaupun gagal melengkapkan kontrak sebelumnya.

Laporan itu mengatakan seramai enam pegawai SPRM tiba di kampus Unisel di Seksyen 7 Shah Alam sekitar jam 9.50 pagi dalam dua kenderaan.

Serbuan terhadap MBI dan Jana Niaga dilakukan serentak.

Di pejabat Jana Niaga di Kuala Lumpur, empat pegawai SPRM dilaporkan tiba pada jam 10.25 pagi, menurut The Star Online. – 22 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen