PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi amaran kepada Pakistan pada Isnin yang Washington tidak akan bertolak-ansur dengan Pakistan yang menawarkan “tempat perlindungan selamat” kepada pelampau.
“Kita tidak boleh lagi berdiam mengenai Pakistan yang menjadi ‘tempat selamat’ bagi organisasi pengganas,” kata Trump, menggariskan strategi keselamatan AS baru di Asia Selatan.
“Pakistan mempunyai banyak manfaat daripada usaha kita di Afghanistan. Ia akan berdepan kerugian dengan meneruskan memberi perlindungan kepada penjenayah dan pengganas.”
Menurut Trump, beliau berkata bantuan tentera dan lain-lain kepada sekutunya itu akan terjejas sekiranya ia tidak mengetatkan kawalan terhadap aktiviti ekstremisme.
“Kami membayar berbilion dolar kepada Pakistan dan pada masa yang sama mereka menempatkan pengganas yang sangat kami tentang,” katanya.
“Ia perlu berubah dan akan berubah serta-merta,” katanya.
Beliau berkata sudah sampai masanya Pakistan memberi tumpukan kepada ketamadunan dan keamanan. – AFP, 22 Ogos, 2017.
Komen