CADANGAN Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di Kuching yang dibatalkan September lepas kerana menerima bantahan hebat dan perubahahan keutamaan kerajaan kini akan dilaksanaka, kata Ketua Menteri Abu Johari Openg.
Abang Johari berkata beliau kini sedang meneliti semula cadangan untuk menyelesaikan masalah lalu lintas di Samarahan yang perlu dilalui setiap hari oleh penduduk negeri itu.
“Saya dengar kepada rakyat,” katanya pada majlis Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri Sarawak malam tadi menambah yang sistem LRT itu akan melalui kawasan padat penduduk di Kuching dan Samarahan.
Salah sebuah kawasan yang dirujuk Abang Johari adalah Lebuhraya Samarahan yang menghubungkan Kota Samarahan dengan bandar Kuching.
Tempoh perjalanan yang sepatutnya hanya sejam pada waktu puncak di lebuhraya 23km itu boleh menjadi empat hingga lima jam pada pagi dan petang waktu hari bekerja.
“LRT boleh jadi salah satu penyelesaian (kepada kesesakan lalu lintas),” katanya.
Ketua menteri berkata pilihan lain termasuklah membina sebuah lagi lebuhraya atau meletakkan lampu isyarat di persimpangan utama.
Cadangan LRT yang dibatalkan itu dilaporkan menelan belanja RM10.7 bilion, menghubungkan Kuching dengan Samarahan dan Serian melalui gerabak mesra alam menggunakan gas hidrogen.
Mac lalu, Abang Johari mengumumkan tiga laluan daripada enam laluan yang dicadangkan itu berjarak 155km.
Jajaran 1 sepanjang 62.4 km akan melalui Kota Samarahan ke Damai melalui Sungai Batu, sementara Jajaran 2 yang merupakan terpanjang antara ketiga-tiganya sepanjang 82km dari pasar bandar Serian ke kawasan pelabuhan industri Senari.
Jajaran itu juga akan melalui bandar Siburan.
Jajaran ketiga akan memecahkan aliran trafik bandar sejauh 10.8km.
Baki tiga lagi jajaran akan dibina pada tahap seterusnya.
Kerja pembinaan dijangka bermula tahun depan dan dianggar beroperasi pada 2024, syarikat berkaitan kerajaan Sarawak Metro telah didaftarkan untuk menguruskan sistem LRT tersebut. – 13 Disember, 2018.
Komen