6 lagi ahli Parlimen Umno akan keluar parti, kata sumber


Enam lagi ahli Parlimen Umno dipercayai akan turut keluar daripada parti Melayu itu dan sumber berkata hanya tunggu masa saja untuk mereka berbuat demikian. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Disember, 2018.

UMNO dijangka menerima satu lagi tamparan ekoran tindakan seorang bekas menterinya yang dikesan berusaha memujuk ahli Parlimen dalam parti Melayu itu untuk keluar parti.

Sumber parti berkata bekas menteri itu memberitahu ahli Parlimen berkenaan dalam satu mesyuarat tertutup bahawa mereka akan berada di Parlimen sebagai wakil rakyat bebas terlebih dulu sebelum akhirnya menyertai Bersatu.

Setakat ini, bekas menteri itu dikatakan berjaya meyakinkan enam ahli Parlimen dan hanya tunggu masa saja untuk mereka keluar.

“Bekas menteri itu juga minta ahli Parlimen yang bersetuju untuk memujuk mereka yang teragak-agak supaya keluar ikut mereka,” kata sumber parti kepada The Malaysian Insight.

“Pada awalnya 38 ahli Parlimen mahu keluar. Kemudian jumlahnya jadi 20.

“Angkanya kerap berubah tetapi apa yang sah ialah enam bersetuju keluar. Tunggu masa saja.”

Parti tunjang Barisan Nasional itu menang 54 kerusi Parlimen pada PRU14.

Kumpulan terbaru yang keluar semalam mengurangkan jumlah itu kepada 43 kerusi.

Lebih separuh pemimpin kanan Umno Sabah keluar parti semalam, mencetuskan persoalan kemampuan Umno di negeri itu untuk bertahan.

Ketua perhubungan Umno negeri Hajiji Mohd Noor berkata lima ahli Parlimen, sembilan Adun dan 21 ketua bahagian akan keluar parti serta-merta, membawa lebih 50% daripada setengah juta ahli Umno bersama mereka. – 12 Disember, 2018.

Baca berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen