Sarawak tidak tebang hutan dara lagi, kata Abang Johari


Desmond Davidson

SARAWAK sudah tidak menebang balak dari hutan dara lagi, kata Abang Johari Openg.

Ketua Menteri itu berkata kayu balak untuk industri kini hanya daripada hutan yang ditanam semula.

“Kita tak tebang kawasan itu (hutan dara) lagi,” katanya pada majlis makan malam bersempena ulang tahun ke-15 Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) di Kuching malam tadi.

“Kita tak perlu kacau hutan dara kita.”

Industri balak merupakan hasil penting negeri pada 1970-an dan ia seringkali dikaitkan dengan taikun-taikun balak yang membiaya parti-parti politik.

Aktivis alam sekitar, tidak kira dari dalam dan luar negara ketika itu menyelar dasar pembalakan Sarawak, mendakwa ia menyebabkan penjarahan hutan dan rasuah yang berleluasa.

Industri minyak dan gas, industri pembuatan dan kini cukai baharu telah mengatasi hasil pendapatan dari pembalakan.

Menurut Abang Johari, hutan dara di mana terletaknya 60 kawasan hutan semula jadi dilindungi sepenuhnya (TPA), kini boleh menjana pendapatan hasil melalui cara berbeza- sebagai produk pelancongan.

Ketua menteri itu berkata beliau bercadang mahu mengenakan “cukai untuk mereka yanga mahu melihat hutan Sarawak”.

“Tujuannya ialah untuk mengayakan hutan kita,” katanya. – 12 Disember, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen