SERAMAI 130 pekerja syarikat Lynas Corporation berhimpun di perkarangan bangunan Parlimen hari ini menuntut Putrajaya memberikan keadilan dan jaminan kepada punca pendapatan mereka di syarikat pemprosesan nadir bumi itu.
Jurucakap kumpulan berkenaan, Pengurus Kanan Sumber Manusia Lynas Malaysia Jumaat Mansor berkata pekerja syarikat berkenaan mengharapkan kerajaan dapat mempertimbangkan sebarang keputusan terhadap syarikat itu bersandarkan kepada kajian saintifik.
“Hari ni kami mewakili pekerja Lynas, bukan wakil daripada pihak pengurusan, kami mahu keadilan dan jaminan untuk pekerjaan kami.
“Lynas sudah disemak sebanyak lapan kali dan semua hasil kajian pakar kata operasi kami selamat,” katanya kepada pemberita ketika menyerahkan memorandum kepada wakil kerajaan hari ini. – 11 Disember, 2018.
MENYUSUL
Komen