ORANG Malaysia mungkin boleh tahan dengan kerajaan tidak cekap. Mungkin juga boleh tahan kerajaan yang kadang-kadang flip-flop. Malah orang Malaysia kini boleh terima pemimpin baharu yang tidak mahir dengan dasar kerajaan.
Tapi ada sempadan yang tidak boleh dilintasi.
Kita tidak boleh sekali-kali terima jika kerajaan baharu mengamalkan budaya tukang atur, ejen komisen dan rundingan bawah meja yang diamal Umno dan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama.
Ahli perniagaan yang tidak jujur dan berkepentingan dalam lingkungan Najib Razak dan konco-konconya juga dibenci.
Golongan ini membuat rundingan bagi pihak menteri dan keluarga mereka, dan menjaja hubungan dengan lingkungan kuasa ini demi keuntungan.
Apabila rakyat Malaysia menggulingkan Najib dan BN pada 9 Mei, ia juga satu penolakan kepada sistem yang menzuriatkan rasuah, rundingan belakang tabir, kontrak yang terlalu mahal dan sebagainya.
Namun kini, tujuh bulan selepas malam perubahan 9 Mei, sudah mula kedengaran bisik-bisik mengenai orang tengah dan pembantu politik yang bertindak sebagai ejen kutipan bagi menteri dan timbalan menteri tertentu.
Amat mengecewakan apabila melihat saudagar permaidani Deepak Jaikishan galak bercerita dalam majlis di Pusat Konvensyen Putrajaya Convention Centre pada Ahad malam lalu.
Bekas kawan baik “wanita pertama” itu malah membayar RM150,000 untuk satu gambar hitam putih Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sejak BN digulingkan, orang ini sudah banyak kali mengubah ceritanya mengenai hubungan baik dengan Najib dan isteri sehingga kita lupa beliau orang penting dalam kes Altantuya Shaariibuu.
Beliau dan adik Najib membantu membayar dan memindahkan penyiasat persendirian yang mendakwa mengenai hubungan Najib dengan model Mongolia yang dibunuh itu.
Jaikishan juga didakwa sebagai rakan niaga, orang suruhan dan ejen Rosmah Mansor.
Tapi tengoklah beliau bersosial dan menyumbang kepada dana ahli politik Pakatan Harapan (PH) yang baru beberapa bulan lalu dicemuh beliau dan juga penaungnya yang berkuasa di Sri Perdana.
Ini seperti ahli politik yang memerangi jenayah terancang tetapi pada masa sama dengan senang hati menerima wang daripada Mafia.
Mengapa Jaikishan membelanjakan RM150,000 untuk satu gambar timbalan perdana menteri? Mengapa beliau hadir di situ? Apakah beliau ingin beritahu dunia bahawa beliau ada kabel dalam kerajaan baharu?
Mengapa PH berada dengan dengan barang purba dari zaman Najib ini?
Turut menyedihkan apabila melihat Stanley Thai membayar RM350,000 untuk satu gambar Dr Mahathir Mohamad yang ditandatangan.
Mari kita lihat semula siapa pengasas Supermax Corporation ini – salah satu dari empat pembuat sarung tangan terkemuka dunia.
Sejurus sebelum pilihan raya umum 2013, beliau menyokong pembangkang dan berkempen menentang Najib.
Dalam tahun-tahun selepas itu, beliau menghadapi siri tuduhan mengenai perdagangan saham dan dijatuhkan hukuman lima tahun penjara.
Sejurus sebelum PRU14, beliau memohon maaf kepada Najib kerana menyokong pembangkang dalam PRU13.
Ini katanya:
“Saya menyesal kerana terlibat dalam PRU13 – saya percaya saya diperngaruhi oleh pembangkang. Sebagai seorang ahli perniagaan, saya tidak sepatutnya terlibat dalam politik dalam apa jua keadaan dan saya amat menyesalinya. Dengan penuh ikhlas saya memohon maaf daripada Datuk Seri atas apa yang saya buat dalam pilihan raya lalu.”
Thai juga berkata beliau turut menyokong dasar ekonomi Naijb “yang baik”.
Adakah beliau akan mengadakan satu lagi sidang media dan nyata sokongan berkobar-kobar pada Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim pula?
Ramai ahli perniagaan ditekan oleh Najib dan penyokong kuatnya. Mereka rela kehilangan kontrak dan perniagaan mereka dikuburkan daripada melutut di hadapan penindas itu.
Amat difahami kenapa Deepak, Thai dan yang lain membuat bayaran lumayan untuk sesetengah gambar pemimpin kita.
Mereka mahu bercerita semasa makan-makan bahawa mereka rapat dengan Messrs Mahathir and Co.
Mereka juga mungkin mahu rasa muhibah dengan siasatan yang dijalankan ke atas Najib, Rosmah sekutunya.
Kita boleh faham motif ahli perniagaan ini.
Tapi sukar untuk menerima satu kerajaan yang bersama dengan orang-orang dari sistem lama selepas meraih kuasa dengan berjanji akan membersihkan sistem naungan lama Umno/BN yang keji.
Dan turut menerima wang daripada orang ini.
Ini dia satu amaran untuk pemimpin PH: Tak cukup jika hanya amalkan perkara sama.
Jika bisik-bisik mengenai ejen komisyen dan rundingan belakang tabir ini menjadi cakap-cakap yang berterusan dan jika watak dari zaman silam ini muncul semula ke tengah pentas, PH akan pendek umur.
Dan memang begitulah sepatutnya. – 11 Disember, 2018.
Komen