Seorang maut, kenderaan rempuh hentian bas di Marseille


Anggota forensik menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan yang terlibat dalam insiden itu. Polis bagaimanapun masih belum mengklasifikasikan kes itu sama ada perbuatan pengganas atau sebaliknya. – Gambar AFP, 21 Ogos, 2017.

SEORANG maut manakala seorang lagi parah selepas sebuah kereta merempuh orang ramai di dua hentian bas di bandar Marseille Perancis, kata sumber polis dan menambah suspek telah ditahan.

Insiden itu berlaku pada jam 9.00 pagi, menurut sumber yang enggan dinamakan.

Kereta jenis Renault itu dipandu dalam keadaan laju ke arah hentian bas di daerah 13 bandar itu, menyebabkan seorang cedera sebelum menyasarkan sebuah lagi hentian bas di daerah 11 yang menyebabkan satu kematian.

Datuk bandar daerah 11 dan 12, Julien Ravier memberitahu stesen televisyen BFMTV mangsa adalah wanita berusia 40an yang duduk bersendirian di hentian bas terbabit.

Sumber polis berkata suspek lelaki terbabit dalam lingkungan usia 30an dan bukan berasal dari Marseille. Satu lagi sumber menyebut kenderaan yang digunakan adalah sebuah van.

Bagaimanaon sumber berkenaan tidak menyebut sama ada insiden itu dianggap sebagai serangan pengganas atau sebaliknya.

BFMTV melaporkan, seorang pejalan kaki sempat mencatat nombor pendaftaran kenderaan itu, yang digunakan polis untuk mengesan kenderaan terbabit di bandar daerah Old Port, di mana suspek ditangkap.

Polsi menutup kawasan itu dan menggesa penduduk mengelakkan daripada berada di kawasan berkenaan.

Inside itu berlaku selepas polis kini sedang melakukan operasi di seluruh Eropah bagi memburu suspek yang merempuh pejalan kaki di Barcelona minggu lalu yang menyebabkan 13 orang maut. – AFP, 21 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen