Bekas gabenor BNM 'tidak tahu magnitud kerugian forex'


Bede Hong

Lima panel RCI menyiasat kerugian forex Bank Negara Malaysia yang diketuai pengerusi Petronas, Mohd Sidek Hassan. – Gambar The Malaysian Insight, 21 Ogos, 2017.

BEKAS Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Jaafar Hussein tidak menyedari “magnitud” kerugian tukaran wang asing, yang didakwa bekas penolong gabenor BNM Abdul Murad Khalid sekurang-kurangnya AS$10 bilion.

Murad yang mengambil alih pengurusan jabatan perbankan bank pusat itu pada April 1992 memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) hari ini yang beliau hanya mengetahui kerugian besar dialami jabatan tukaran wang asing bank pusat itu pada Jun tahun yang sama.

Katanya, beliau sudah memaklumkan Jafar berhubung kerugian itu pada Mei.

“Saya hanya mengetahuinya secara peribadi berhubung kerugian forex,” katanya kepada lima panel RCI yang diketuai pengerusi Petronas Mohd Sidek Hassan.

Murad berkata bank pusat itu mempunyai AS$20 bilion dalam simpanannya namun mempunyai pendedahan “tujuh hingga lapan kali ganda simpanan”.

Murad mengulas mengenai perdagangan forex yang dilakukan oleh peniaga-peniaga BNM.

“Ini lebih kurang pertaruhan, mengharapkan apa sahaja yang dibeli meningkat harganya sebelum menjual.”

“Transaksi itu ditutup kepada pengurusan. Gabenor tidak tahu. Hanya seorang atau dua individu yang tahu pendedahan itu,” kata Murad.

Murad berkata kerugian tidak semestinya tercatat dalam kenyataan untung rugi bank pusat.

“Sepuluh transaksi mungkin berjaya (menjana keuntungan), tetapi 90 lagi transaksi disembunyikan. Kamu sembunyikan transaksi sebenar daripada gabenor,” kata Murad.

“Saya boleh nyatakan gabenor tidak dimaklumkan langsung berhubung magnitud transaksi,” tambah Murad.

Panel RCI Tajudin Atan berkata, beliau “enggan menerima bahawa institusi magnitud itu” tidak mengetahui kerugian dan berkata mesti ada prosedur untuk maklumkan gabenor dan timbalan gabenor mengenainya.

“Gabenor tahu tentang ini (kerugian), namun tidak tahu mengenai magnitud,” kata Murad.

Murad berkata, ketika beliau mengambil alih, beliau mendapati perdagangan bank pusat itu mempunyai RM150 bilion dalam kedudukan terbuka.

“Urusniaga hadapan tidak dilaporkan dalam akaun jabatan. Peniaga hanya meneruskan sahaja. Jadi lubang itu bertambah besar dan besar.

“Jadi, sekiranya bank asing perlukan penyelesaian, di situ jabatan akaun akan tahu (terdapat kerugian).”

Sidek berkata: “Untuk mempunyai kerugian sebegitu, saya dapati ia agak aneh melainkan kita tutup mata dan telinga (kepada semua ini).

“Saya bagaimanapun tidak boleh terima hanya seorang sahaja yang tahu mengenai kerugian ini. Saya berpendapat ramai yang tahu tentang pendedahan besar itu,” tambah Sidek.

Ditanya mengapa kerugian itu tidak diletakan dalam penyata untung rugi dan jadiakan ia umum, Murad berkata: “Pada saya itu politik. Kamu mahu tunjukkan kerugian?”

Murad tetap menyatakan rizab bank pusat mempnyai tambahan RM100 bilion hari ini kalau tidak kerana kerugian yang berlaku 25 tahun lalu. – 21 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen