Berhimpun demi kelangsungan politik


Jahabar Sadiq

Seorang peserta anti ICERD berdoa dalam hujan ketika perhimpunan itu hampir tamat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, petang semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 9 Disember, 2018.

TOPENG Guy Fawkes menjelaskan semuanya tentang perhimpunan itu.

Tidak ramai di sini kenal Mr Fawkes, satu-satunya manusia yang dikatakan jujur dengan prinsipnya. Beliau cuba memusnahkan bangunan Parlimen Britain pada 5 November, berabad lalu.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, topeng itu menggambarkan perjuangan seorang sukarelawan yang mahu menjahanamkan satu kerajaan kuku besi dalam versi fiksyen “V for Vendetta”.

Dua jenaka dalam satu? Mungkin.

Anda tahu kisahnya. Malaysia di bawah kerajaan baharu Mahathir mahu menandatangani perjanjian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) termasuk perjanjian anti diskriminasi.

Pemimpin dalam kerajaan yang baru berusia tujuh tahun ini tidak begitu bersetuju dengan rancangan ini, tetapi tidak banyak menyuarakan tentangan.

Senator P. Waytha Moorthy, menteri perpaduan yang tidak menang pilihan raya itu merupakan menteri yang mendesak untuk meratifikasinya.

Hal ini menimbulkan kemarahan PAS, Umno dan kumpulan Melayu yang melihatnya sebagai tindakan yang menjejaskan hak keistimewaan Melayu. Peruntukan Perlembagaan Persekutuan lebih tinggi daripada itu, kata mereka.

Parti kerajaan juga menyatakan perkara sama, dan tinggallah senator itu terkapai-kapai seorang diri. NGO Melayu mengancam untuk mengadakan protes dan mengamuk – meskipun fenomena itu berlaku secara spontan dan tidak boleh dirancang. Satu lagi jenaka di situ.

Kerajaan Mahathir beralah. Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) itu tidak ditandatangani namun kumpulan berkenaan tetap berkeras untuk berhimpun pada 8 Disember di Dataran Merdeka sebagai tanda syukur.

Ia merupakan perhimpunan besar pertama sejak Bersih 5, yang dilangsungkan semasa pentadbiran kerajaan kuku besi sebenar pada November 2016.

Perhimpunan berkenaan menurut PAS tidak mengikut Islam. Ia juga dianggap bukan budaya Malaysia oleh Umno.

Tetapi bukankah dua parti itu yang berhimpun dalam demonstrasi semalam? Masa akan membuatkan kita melihat satu perkara dengan pandangan berbeza.

Kedua-dua parti itu juga tidak berpeluang membentuk kerajaan pada kali ini.

Lalu tibalah saat ini. Mereka menganggarkan 500,000 akan hadir. Tetapi jumlah paling banyak hanyalah 10% daripada itu.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berucap di Dataran Merdeka di depan lautan peserta himpunan anti ICERD di Dataran Merdeka, semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Disember, 2018.

Mereka memakai baju putih dengan pelbagai rekaan untuk membantah ICERD. Mereka membawa plakad, bendera dan ikat kepala yang dicetak besar-besaran.

Namun pujian harus diberi kepada PAS. Parti itu pandai menguruskan demonstrasi, lengkap dengan unit khas untuk mengawal keselamatan, ketenteraman awam dan sampah-sarap.

Selain itu, ucapan di perhimpunan itu tidaklah hebat. Ia tidak menjadi perangsang tetapi hanya memutar belit dan mereka-reka fakta.

Ia adalah satu komplot ke atas Melayu dan Islam, kata seorang yang berucap. Mereka membela kaum pendatang tetapi kemudian pendatang ini semakin melampau, kata seorang lagi.

Kerajaan patut akur dengan tuntutan perhimpunan itu, kata seorang lagi pemimpin parti yang mengancam untuk mengadakan lebih banyak lagi demonstrasi. Dan seterusnya, dan seterusnya.

Kesimpulannya mudah. Kerajaan berada bawah telunjuk orang DAP yang tidak mengenang budi. Kerajaan ini perlu menyatukan rakyat dan bukan mereka perpecahan seperti ICERD.

Kemudian, azan berkumandang di kawasan dataran. Pemimpin terakhir yang berucap, Abdul Hadi Awang berhenti seketika sehingga laungan azan itu tamat. Seterusnya, seorang lagi bilal naik ke pentas untuk melaungkan azan sekali lagi.

Ketika Hadi menyambung ucapannya, para peserta bangun berdiri. Beliau berucap mengenai ICED sebagai satu ancaman kepada orang Islam dan membacakan satu puisi.

Sewaktu ucapannya, awan menjadi gelap dan bunyi guruh kedengaran. Hujan turun dan satu demi satu payung dikembangkan seperti cendawan. Jam baru menunjukkan pukul 5 petang.

Beliau menamatkan ucapannya. Penganjur bergegas untuk membacakan ikrar dan juga doa agar kerajaan Pakatan Harapan pendek nyawa.

Dan kemudian tibalah buah penamatnya – tolong daftar sebagai pengundi dan sokong parti yang ada di perhimpunan ini, jika tidak perhimpunan itu hanyalah sia-sia.

Barulah dapat difahami. Tujuh tahun selepas tewas di peti undi, parti ini mendapat mereka dapat mengekalkan dan meluaskan semula sokongan orang Melayu untuk kembali berkuasa.

Isu panas kaum dan agama akan menjadi modal politik, tanpa mengambil kira tuduhan jenayah ke atas beberapa individu di sekitar lori yang menjadi pentas sementara.

Lori itu diparkir di lokasi sama ketika Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin lain berhimpun untuk membebaskan pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dua tahun lalu.

Guy Fawkes tentunya marah kerana topeng yang menjadi simbol protes ke atas pihak berkuasa kini menjadi simbol untuk menyokong pemimpin kuku besi.

Apa yang pasti, parti kerajaan kini lumpuh kerana mereka juga mahu sokongan dan undi daripada peserta perhimpunan itu.

Adakah kerajaan perlu memuaskan hati mereka dan turut membawa naratfi kaum dan agama dan membiarkan Malaysia terperangkap dalam misteri hak dan keistimewaan?

Tempoh beberapa tahun akan datang akan menentukan sama ada topeng Guy Fawkes akan berdiri dengan maksud sebenar atau hanya satu topeng untuk menutup identiti dan agenda sendiri sambil membantah perkara yang tidak kita fahami.

Tetapi kita boleh bersetuju dengan penganjur dalam dua perkara.

Untuk berpegang kepada hak untuk menyatakan pendapat dan untuk mendaftar sebagai pemilih, untuk memastikan ahli politik ini bertanggungjawab. – 9 Disember, 2018.

* Jahabar Sadiq mengendalikan The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen