PELAWAK veteran Amerika, Jerry Lewis, yang menawan jutaan hati peminat dengan jenakanya selama enam dekad, meninggal dunia pada Ahad pada usia 91 tahun di kediamannya di Las Vegas, agennya memberitahu AFP.
Seorang daripada pelakon komedi paling popular sekitar tahun 1950-an dan ‘60-an, Lewis bukan hanya terkenal dengan watak badut dalam filem seperti “The Nutty Professor” tetapi turut dikenali sebagai seorang penulis, pelakon dan dermawan.
“Dengan rasa sedih, Jerry Lewis sudah meninggal dunia,” kata ejennya Jeff Wijtas kepada AFP.
Mendapat banyak penghargaan di dalam dan luar negara, termasuk dicalonkan bagi Hadiah Nobel Keamanan pada 1977, Lewis dikenali ramai dengan kerana usaha gigihnya mempromosikan kesedaran mengenai Dystrophy Muscular sebagai jenaka fizikalnya yang unik.
Sepanjang 45 tahun, beliau berjaya mengumpulkan kira-kira AS$2.45 bilion untuk memerangi penyakit itu melalui acara televisyen tahunan. – AFP, 21 Ogos, 2017.
Komen