EMPAT puluh pemilik tanah Melayu mendakwa ditipu dalam perjanjian melibatkan 404 hektar tanah adat mereka dan bercadang untuk membuat melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kesemua mereka dari daerah Simunjan di Sarawak - kira-kira 90km dari Kuching - mahu SPRM menyiasat seorang pembantu kepada menteri negeri yang didakwa “mencuri” tanah merkea dengan kerjasama dengan sebuah syarikat perladangan.
Peguam bagi pemilik-pemilik tanah tersebut, Dominique Ng, dan Pengerusi bagi jawatankuasa bertindak tanah adat Kampung Lubok Bunting, Hapeni Fadil, berkata 40 pemilik tanah itu tertipu dengan “dorongan dan cadangan” pembantu menteri terbabit pada 2000 untuk menjalinkan usahasama dengan syarikat di Kuching untuk membangunkan tanah mereka menjadi ladang kelapa sawit.
Menurut Ng, pemilik tanah itu akan ke SPRM pada Isnin ini.
Tanah tersebut diperuntukkan untuk menyambung kampung mereka.
“Mereka (penduduk kampung) sebenarnya kena tipu,” kata Ng.
“Bagi orang kampung, itu ‘sangat bagus’.
“Lagipun, siapa yang berani lawan pembantu menteri?”
Selepas pembantu menteri itu mengusul cadangan menerusi surat bertarikh 10 Januari 2000, ketua kampung, Chik Sulung, mula berbincang dengan dengan syarikat tersebut mengenai urusan usahasama yang dikatakan. – 7 Disember, 2018.
Komen