POLIS berkata letupan di pusat membeli-belah Kuching yang membunuh tiga individu dan mencederakan 41 yang lain semalam tiada kaitan dengan pengganas.
“Tiada elemen keganasan. Tiada elemen militan,” kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Mohd Dzuraidi Ibrahim hari ini di lokasi kejadian di pusat beli belah City One.
Beliau menegaskan penemuan awal pihak berkuasa bahawa ia adalah kemalangan di tempat kerja.
Beliau berkata siasatan terhadap punca letupan itu dibuat dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).
Dzuraidi berkata bedah siasat telah dijalankan terhadap dua daripada tiga mangsa yang maut dan disusuli mayat ketiga hari ini. – 5 Disember, 2018.
Komen