PENYELIDIK mengumumkan semalam mereka menemui bangkai USS Indianapolis yang hilang 72 tahun selepas kapal Perang Dunia II itu ditembak kapal selam Jepun.
Bangkai itu ditemui di laut Filipina, 5.5 kilometer di bawah permukaan, menurut dermawan dan pengasas bersama Microsoft Paul Allen yang mengetuai kru penyelidik mengesan kapal itu.
Kapal itu ditembak pada hari-hari terakhir Perang Dunia II sebaik saja menyelesaikan misi rahsia menghantar alat ganti bom atom yang digunakan di Hiroshima.
Kapal itu karam dalam 12 minit, bermakna ia tidak dapat menghantar signal atau mengeluarkan peralatan menyelamat nyawa, menurut bahagian sejarah tentera laut Amerika Syarikat (AS).
Pada awalnya kira-kira 800 daripada 1,196 kelasi dan tentera laut dapat menyelamatkan diri dalam tragedi maritim itu tetapi hanya 316 yang terus hidup selepas beberapa hari terapung di perairan itu, berdepan dengan risiko dehidrasi, lemas dan serangan ikan yu.
Daripada jumlah itu, 22 masih hidup sehingga hari ini.
Sebelum diserang, USS Indianapolis sedang menuju ke Filipina untuk menghantar peralatan bom atom ke pulau Tinian.
Tetapi selepas empat hari menyelesaikan misi itu, pada 30 Julai, 1945 ia dikesan oleh kapal selam Jepun dan melepaskan enam torpedo ke arah kapal itu.
Indianapolis terbakar apabila salah satu torpedo meletup berhampiran tangki minyak dan satu lagi melanggar busur kapal.
Sebelum ini, penyelidik lain pernah cuba mengesan Indianapolis, tetapi lokasi bangkainya tidak dapat dikesan.
Tetapi tahun lalu, seorang sejarawan Richard Hulver mengenal pasti satu kapal tentera laut dan mula mendokumentasikan jam perjalanan kapal itu sebelum ia dilanggar. – AFP, 20 Ogos, 2017.
Komen