PERDANA Menteri Iraq, Haider al-Abadi mengumumkan awal hari ini yang pertempuran menakluk kembali Tal Afar, kubu kuat Kumpulan Islam Syria dan Iraq (IS) di utara Iraq.
Dalam ucapan disiarkan melalui telivisyen, al-Abadi, yang lengkap berpakaian tentera mengumumkan “operasi membebaskan Tal Afar akan bermula”.
“Saya kata Daesh (IS) tidak ada pilihan lain selain keluar atau dibunuh,” tambahnya.
Tal Afar terletak 70 kilometer di barat Mosul, bandar kedua terbesar Iraq tempat berlakunya pertempuran antara militan dan tentera yang disokong Amerika Syarikat.
Pada Jun 2015, IS menakluk Tal Afar, kawasan kuat Syiah dalam daerah majoriti Ahli Sunnah Waljamaah di daerah Nineveh, yang terletak antara Mosul dan Syria. Ia salah satu kubu terakhir IS di utara Iraq.
Al-Abadi berkata pasukan separa tentera Iraq Hashed al-Shaabi akan membantu pelbagai unit tentera, polis dan anti keganasan di Tal Afar.
Organisasi utama itu yang didominasi militia Syiah yang disokong Iran sudah banyak kali bertemput dengan militan untuk menakluk kembali bandar di Iraq daripada IS.
IS menakluk banyak kawasan di utara dan Barat Baghdad sejak 2014, tetapi tentera Iraq berjaya menakluk kembali kebanyakkan kawasan terlibat.
Militan masih lagi berkuasa di Hawija, di daerah Kirkuk, 300 kilometer utara Baghdad, dan kawasan di Anbar, daerah di barat negara itu. – AFP, 20 Ogos, 2017.
Komen