POLIS kini sedang menyiasat kes kejadian tikam di Finland yang mengakibatkan dua orang mati sebagai serangan pengganas dan mengenal pasti suspek sebagai warganegara Maghribi berusia 18 tahun, menurut pihak berkuasa.
“Insiden yang pada mulanya disiasat sebagai pembunuhan, kini berdasarkan maklumat lanjut yang diterima pada malam itu, serangan itu kini termasuk pembunuhan dengan niat pengganas dan percubaaan mereka,” kata polis dalam satu kenyataan.
“Identiti suspek telah diketahui polis. Dia adalah warganegara Maghribi berusia 18 tahun,” menurut kenyataan itu lagi tanpa memberikan butiran lain mengenai suspek.
Polis telah menembak dan mencederakan suspek yang bersenjatakan sebilah pisau semalam dan menangkapnya beberapa minit selepas kejadian tikam di sebuah medan pasar yang sibuk di Turku di barat daya Finland.
Polis juga berkata jumlah mangsa yang cedera hari ini telah meningkat dari enam kepada lapan oranng, sambil menambah termasuk seorang warga Itali dan dua warga Sweden. Mangsa yang lain adalah warga Finland.
Seramai lima orang ditahan polis di sebuah apartment di Turku.
“Terdapat serbuan dan kini kami menahan enam suspek; suspek utama dan lima yang lain,” kata Penguasa Markus Laine dari Biro Penyisatan Kebangsaan.
“Kami sedang menyiasat peranan lima suspek yang lain, tetapi kami tak pasti lagi jika mereka ada kaitan dengan serangan. Kami akan menyoal mereka, dan selepas itu kami akan beritahu maklumat lanjut.
“Tetapi, mereka ada berhubung dengan suspek utama.” – AFP, 19 Ogos, 2017.
Komen