ATM temui AK47 tertanam di Jeli


ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) menemui tiga laras senjata api jenis AK-47 yang tertanam di satu kawasan belukar berdekatan Kampung Gemang, Ayer Lanas di Jeli.

Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Muhammad Huzaimi Sabri berkata tiga laras senjata api itu ditemui pada pukul 4.20 petang semalam oleh anggotanya ketika melaksanakan Ops Merpati di kawasan itu.

Beliau berkata dalam operasi oleh sub-unit Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RDD), pasukan itu  menemui satu kesan tanah yang baru digali di tepi sungai ketika meronda di kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, kita menemui senjata itu yang diletakkan dalam guni yang ditanam di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini, dan menambah ketiga-tiga senjata dipercayai dibawa masuk dari Thailand.

“Tiada tangkapan susulan penemuan itu dan ketiga- tiga senjata itu diserahkan ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Jeli untuk siasatan lanjut,” tambahnya. – Bernama, 30 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen