Shafie terima layanan bertaraf bintang di Lahad Datu


Desmond Davidson

Presiden Parti Warisan Sabah Shafie Apdal (tengah) bersama timbalannya, Darell Leikin (kanan), di Lahad Datu pada 4 Mac - Gambar The Malaysian Insight, 2 April, 2017.

SUASANA di khemah sementara yang didirikan pada tapak tanah berumput terbuka luas, 3km di luar Lahad Datu hampir seperti konsert rock, dengan ribuan orang bersorak apabila idola mereka menghampiri pentas.

Namun, ia bukan konsert rock. Ia satu daripada banyak sesi bertemu rakyat bersama Shafie di bawah siri “Seri Jelajah Parti Warisan Sabah”, dan bekas menteri yang kini menjadi pembangkang adalah bintangnya.

Kira-kira 12,000 orang hadir pada sesi bertemu Shafie pada pagi yang hangat dan lembap, 4 Mac.

Semasa Shafie berjalan ke arah pentas, orang ramai berpusu-pusu menghulur tangan ingin bersalaman, bahkan ingin menyentuhnya.

Selepas beberapa ketika, orang ramai menjadi teruja dan Shafie terpaksa berhenti sehingga keadaan dapat ditenangkan.

Jika semua perhatian dan sambutan penyokong ini menjadi pengalaman baru bagi Shafie, beliau tidak memperlihatkannya.

“Saya sudah biasa mempunyai pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan saya,” katanya berjenaka, merujuk kepada pengawal yang biasa mengiringinya semasa menjadi menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.

“Sekarang saya tidak mempunyainya tetapi tidak mengapa.”

Lahad Datu sentiasa menjadi kubu kuat Umno tetapi pada malam ini, orang ramai bersorak dan melaung nama Shafie, yang dalam usaha menjatuhkan rakan bekas dalam Umno Sabah dan Barisan Nasional (BN) daripada terus berkuasa.

Ucapan Shafie hampir dua jam diselangi laungan sokongan, kutukan terhadap dasar BN dan seruan perjuang Warisan, “Sabah Ubah” dan “Undi Warisan” .

Lahad Datu, di mana berlakunya pertembungan pihak tentera dan polis dengan lebih 200 militan bersenjata daripada “Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara” selama sebulan pada 2013, adalah di kawasan Parlimen Silam.

Ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri yang membentuk kerusi Parlimen – Tungku, Lahad Datu dan Kunak – dipegang  Umno, dengan adik Shafie, Mohammad Yusoff Apdal sebagai Adun Lahad Datu.

Apabila Shafie berkata pemimpin Umno dan BN “hanya membuat hidup mereka sukar”, beliau mendapat sorakan yang sekaligus membayangkan sokongan kepada kenyataannya.

“Apa maksud BN?” Soal ahli Parlimen selama lima penggal di Semporna.

Jawapan daripada hadirin yang rata-ratanya dalam industri perladangan kelapa sawit dan perniagaan dengan penuh gemuruh, “Barang Naik”.

Shafie bercakap mengenai pelbagai isu tetapi yang paling dekat dengan hati mereka – kesukaran memiliki tanah adat, pengangguran yang tinggi dan keselamatan – menjadi perhatian.

Seorang suri rumah keturunan Bajau, Ida, yang suaminya bekerja di satu daripada banyak ladang kelapa sawit, beralih kesetiaan politik kepada Warisan kerana “Saya percaya dengan beliau (Shafie)”.

“Lihatlah, beliau (Shafie) memberitahu kebenaran tentang kesusahan kami. Terdapat beribu-ribu hektar tanah di sekitar sini adalah ladang kelapa sawit.

“Ada beberapa kilang penapis minyak sawit. Namun, bagaimana pula minyak masak mahal di Lahad Datu?

“Kami menghasilkan beberapa minyak masak negara di sini tetapi terpaksa membayar harga yang sama seperti anda yang berada di bandar. Bagaimana ini boleh berlaku?”

Arman, pemandu teksi, juga kecewa dengan kenaikan kos barangan, terutama bahan api, dan berkata ia semakin sukar untuk memenuhi keperluan hidup.

“Saya membuat pertukaran dan akan mengundi Warisan,” kata Arman yang juga berketurunan Bajau.

Suri rumah dan teksi pemandu, yang hanya memberikan nama pertama mereka kerana khuatir akan ugutan dan tindak balas, bukan satu-satunya yang berubah arah.

Shafie dilaporkan menerima 10,700 permohonan untuk menyertai parti berusia lima bulan itu selepas perhimpunan di Lahad Datu.

Pembantunya berkata sebahagian besar permohonan, yang dibawa kepada Shafie dalam sampul surat coklat yang besar, adalah “daripada ahli Umno”.

Jika angka itu benar, ia penting kerana mewakili 1/5 daripada 51,662 pengundi di kawasan Parlimen dengan majoriti Bumiputera Islam pada daftar pemilih 2013.

Shafie berkata majoriti pemohon adalah dari kawasan luar bandar, yang secara tradisionalnya penyokong BN, menambah keyakinannya terhadap ramalan yang pilihan raya akan datang akan melihat kejutan besar bagi kerajaan pemerintah.

“Sudah tiba masanya untuk berubah. Saat memilih pemimpin yang tidak akan membuat hidup anda sukar,” katanya.

“Masanya sudah tiba bagi Sabah untuk tidak lagi dijadikan ‘deposit tetap’ untuk BN.” – 2 April, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen