Afghanistan dalam situasi berjaga-jaga menjelang hari merdeka


Taliban yang memperhebat serangan di musim panas menyebabkan tahap keselamatan di Kabul ditingkatkan menjelang sambutan kemerdekaan negara itu. – Gambar EPA, 19 Ogos, 2017.

TAHAP keselamatan Afghanistan diletakkan pada tahap tertinggi hari ini ketika negara itu yang berdepan dengan serangan membunuh sedang bersiap sedia untuk menyambut hari kemerdekaan negara itu yang disambut dengan sederhana.

Kehadiran polis meningkat di ibu kota negara itu Kabul di mana bintang terkenal Aryana Sayeed berikrar untuk mengadakan konsert dan Presiden Ashraf Ghani dijangka mengadakan sambutan kemerdekaan tertutup untuk orang kenamaan Afghan.

“Semua unit polis diletakkan pada tahap berjaga-jaga tertinggi dan mereka diletakkan di semua tempat di seluruh bandar,” kata jurucakap polis Kabul, Abdul Basir Mujahid kepada AFP.

“Kami sudah meningkatkan jumlah polis di semua pintu masuk dan sekitar kawasan diplomatic,” tambahnya ketika kebimbangan yang Taliban akan melakukan serangan besar-besaran sempena ulang tahun kemerdekaan itu.

19 Ogos ialah tarikh Treati Rawalpindi ditandatangani pada 1919, yang memberikan kemerdekaan kepada Afghanistan dari Britain, walaupun negara itu tidak pernah ditakluk Empayar Britain secara rasmi selepas tiga perang berlaku.

Walaupun banyak bendera Afghanistan dikibarkan di Kabul, sambutan itu tidak meriah kerana rakyat Afghanistan tidak menyambutnya kerana kecewa dengan situasi keselamatan yang semakin buruk.

Sejak beberapa tahun lepas tiada majlis rasmi diadakan di Kabul

Bandar itu tegang sejak sebuah lori penuh bahan letupan meletup di kawasan diplomatik pada awal pagi 31 Mei lalu membunuh hampir 150 orang dan mencederakan hampir 400 orang kebanyakkan orang awam. Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab kepada serangan maut itu.

Pemberontak Taliban memperhebat serangan ketika musim panas dan sudah melancarkan beberapa serangan di seluruh negara itu sejak beberapa minggu lalu. – AFP, 19 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen