Nadal pakai reben hitam kenang mangsa serangan di Barcelona


Rafael Nadal yang baru kembali ke kedudukan juara dunia berkata beliau masih bersedih dengan serangan keganasan yang menggegarkan tanah airnya, Sepanyol semalam. – Gambar AFP, 19 Ogos, 2017.

RAFAEL Nadal yang kembali menduduki ranking pertama dunia juara tenis pada Isnin buat kali pertama dalam tiga tahun, tetap bersedih dengan serangan keganasan yang menggegarkan tanah airnya, Sepanyol.

Nadal dikecewakan oleh pemain Australia, Nick Kyrgios pada suku akhir pada WTA dan ATP Cincinnati Masters, sebelum ke Terbuka AS.

Beliau memakai reben hitam ketika perlawanan awal sempena memperingati mangsa serangan dua insiden rempuhan van di Las Ramblas, kawasan tumpuan pelancong di Barcelona pada Khalis dan awal Jumaat hingga menyebabkan ramai yang maut.

“Apa yang berlaku sangat teruk, semua orang di Sepanyol terkesan, termasuk saya.

“Ia satu tragedi, anda rasa tidak selamat walau di mana pun berada. Ia sangat menyedihkan,” katanya semalam.

“Saya sangat bersedih terhadap apa yang berlaku kepada semua mangsa, keluarga dan rakan mereka. Ini masanya untuk kita bersatu sebagai sebuah negara dan bersama melaluinya.”

Pesaing Sepanyol Albert Ramos-Vinolas dan juara wanita Wimbledon Garbine Muguruza turut memakai reben hitam.

Nadal, juara 15 kali Grand Slam memenangi gelaran ke-10 dalam Terbuka Perancis pada Jun dan akan menyertai Grand Slam tahun ini yang akan bermula pada 28 Ogos di New York.

Katanya, beliau teruja untuk kembali ke arena selepas berehat panjang akibat kecederaan lutut dan berada di kedudukan terakhir pada Julai 2014. – AFP, 19 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen