Tentera Lebanon mula hapuskan IS di sempadan Syria


Pergunungan Jurud Arsad menjadi tempat persembunyian militan IS dan pelarian. – Gambar EPA, 19 Ogos, 2017.

TENTERA Lebanon akan memulakan operasi serangan ketenteraan kepada kumpulan militan Negara Islam Syria dan Iraq (IS) berhampiran dengan sempadan Syria di timur negara itu. Kawasan itu ditadbir militan Islam sejak beberapa tahun lepas.

“Dengan nama Lebanon, nama tentera Lebanon yang diculik, nama mereka yang syahid dalam pertempuran, saya mengumumkan operasi ‘Fajar di Jurud’ bermula, kata Ketua Tentera Jeneral Joseph Aoun yang merujuk kepada kawasan sempadan pergunungan Jurud Arsal.

Hezbollah yang memberikan sokongan ketenteraan kepada rrejim Bashar al-Assad di Syria turut melancarkan serangan besar-besaran untuk menghapuskan pemberontak Syria serta militan yang mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda di rantau itu.

Selepas pertempuran selama enam hari, genjatan senjata dilakukan Hezbollah dan pejuang serpihan Al-Qaeda yang mempunyai kaitan dengan Syria, dikenali sebagai Al-Nusra.

Hampir 8,000 pelarian dan militant cawangan Al-Qaeda di Syria diusir kembali ke Syria selepas genjata itu dan pada Isnin diumumkan pemberontak Syria sudah berundur daripada kawasan itu.

Tentera kini sedang melancarkan operasi ketenteraan untuk menghapuskan saki baki pejuang IS yang masih berada di kawasan itu.

Sejak bertahun lamanya, Jurud Arsal digunakan sebagai tempat persembunyian militan anti pemerintah Syria. Kawasan itu juga menjadi tumpuan pelarian yang melarikan diri daripada perang Syria yang sudah berlanjutan enam tahun lamanya.

Ketua Hezbollah Hassan Nasrallah berkata IS berkuasa di kawasan seluas 296 kilometer persegi di sempadan negara terlibat, hampir 140 kilometer persegi terletak di kawasan timur Lebanon. – AFP, 19 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen