Hentikan keganasan, tolak eksploitasi politik


Demi kepentingan keselamatan orang ramai dan mengekalkan ketenteraman awam, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) setegas-tegasnya menasihatkan kesemua individu yang cuba untuk mengganggu gugat kestabilan dan keamanan negara berhubung pemindahan Kuil Hindu Sri Mariamman di USJ Subang untuk berhenti dari melakukan jenayah dan keganasan. 

Suhakam juga menyeru agar pihak polis menjalankan siasatan yang menyeluruh terhadap perbalahan dan/atau rusuhan yang berlaku, termasuk membuat tangkapan ke atas mereka yang mencetus perbalahan ini kerana tingkah laku keganasan dan jenayah sedemikian adalah tidak wajar untuk dilakukan.

Walaupun insiden serangan tersebut dipercayai timbul akibat dari perbalahan, demi semangat dan nilai sebagai warganegara Malaysia, Suhakam memohon agar semua rakyat Malaysia mendesak agar keganasan sebegini dihentikan dan menolak sebarang cubaan ekstremisme dan eksploitasi politik dari apa jua sektor.

SUHAKAM berharap agar semua rakyat Malaysia akan menghormati prinsip utama kesucian semua rumah ibadat. – 27 November, 2018.

* Razali Ismail, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)*
 

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen