KETUA Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata pihak polis tidak mahu meningkatkan suasana tegang di luar kuil Sri Maha Mariamman dan dengan itu menahan diri daripada menggunakan meriam air untuk menyuraikan rusuhan.
Ketua Polis Negara mengatakan bahawa perusuh-perusuh berhimpun berdekatan tempat ibadat dan polis berhati-hati ketika berhadapan dengan peserta himpunan.
“Kita tidak boleh guna meriam air di tempat ibadat. Sekiranya kita berbuat demikian, kita akan diserang. Kami bertindak sesuai dengan keadaan, “
“Jika kami berbuat demikian, kami akan menarik tindak balas. Kami mesti bertindak mengikut situasi yang berlaku,” katanya kepada pemberita hari ini selepas melawat seorang anggota bomba yang diserang semasa rusuhan pagi ini.
Fuzi berkata lebih mudah untuk mengkritik pihak polis mengenai apa yang dilakukannya sejak dua hari lalu bagi mengawal keadaan di luar kuil.
“Sekiranya kami guna kekerasan, kami akan dipersalahkan, jika kami membantu, kami juga akan dipersalahkan,” katanya.
Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang masih tidak sedar dan memerlukan alatan sokongan pernafasan, semalam diserang orang ramai di luar kuil.
Fuzi berkata Adib masih berada dalam keadaan kritikal.
“Adib diserang semasa bertugas. Saya berjumpa dengan doktor. Beliau berada dalam keadaan kritikal,” kata Fuzi.
Beliau berkata polis setakat ini menahan 21 orang yang terlibat dalam kekecohan di kuil itu dan berharap untuk menahan mereka yang terlibat secepat mungkin.
“Sehingga 1 petang hari ini, saya diberitahu bahawa 21 orang ditangkap dan semua mereka berada di kawasan Lembah Klang.
“Kami berharap orang lain boleh membantu mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab atas kejadian itu,” katanya. – 27 November, 2018.
Komen