-2.jpg)
PERTIKAIAN yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights di Subang Jaya yang juga berada di dalam kawasan Parlimen Kota Raja perlu ditangani secara baik dan mengikut proses undang-undang sewajarnya.
Dengan kebijaksanaan semua pihak yang terlibat, saya yakin perkara ini boleh diselesaikan melalui meja rundingan dengan mengambil langkah terbaik bagi kepentingan semua pihak.
Saya dimaklumkan bahawa insiden ini tiada kaitan sama sekali dengan isu perkauman dan agama. Semua pihak perlu bertenang dan bersabar serta tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat terhadap apa yang berlaku sehingga boleh mewujudkan keresahan di kalangan masyarakat.
Saya yakin bahawa pihak keselamatan akan mengambil langkah yang wajar untuk memastikan keselamatan dan keamanan sentiasa dipelihara. – 27 November, 2018.
* Mohamad Sabu ialah ahli Parlimen Kota Raja.
* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.
Komen