ADAKAH rakyat Malaysia harus terkejut dengan rancangan SPRM unutk menyiasat satu bahagian penting dalam sistem perundangan negara atas kesalahan rasuah?
Tidak.
Sejak sekian lama, banyak amaran timbul mengenai dakwaan salah laku dalam Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) (AIAC). Tetapi tidak banyak yang dilakukan – hinggalah muncul satu surat membangkitkan dakwaan kesalahan dalam badan itu.
Sistem perundangan kita selama ini juga mencerminkan kemerosotan Malaysia ke lembah rasuah, kelaihan dan keterlaluan.
Ia sepatutnya menyampaikan keadilan dan kesaksamaan, dan juga tempat berlindung bagi golongan yang ditindas. Namun sebaliknya cabang kehakiman dan pelbagai cabang dalam sistem perundangan melakukan perkara sebaliknya.
Mereka menjadi budak suruhan pihak berkuasa, mengenepikan tanggungjawab mempertahankan Perlembagaan iaitu melindungi pemisahan kuasa dan meletak undang-undang serta keadilan ke tempat paling atas.
Yakinlah, Malaysia tidak akan menempuh masalah ini jika penyiasat, pendakwa dan hakim menjalankan tugas mereka.
Malaysia tidak akan terjerumus ke kancah skandal kewangan paling besar dalam sejarah sekiranya individu yang berprinsip dilantik ke jawatan utama dalam badan kehakiman dan cabang lain dalam sistem perundangan.
Mahathir Mohamad. Anwar Ibrahim. Lim Kit Siang. Mohamed Sabu. Rafizi Ramli. Sivarasa Rasiah. Teresa Kok. Lim Guan Eng. Hanipa Maidin. Gobind Singh Deo, Tony Pua, Muhyiddin Yassin, dan lain-lain.
Setiap mereka pernah merasa kesan daripada sistem perundangan Malaysia yang silap arah. Kes mereka dihumban keluar dengan sekecil-kecil alasan, walau dikemuka dengan bukti kukuh.
Mereka dipenjara ketika di saat keadilan disesatkan. Mereka didiamkan. Mereka disekat daripada meninggalkan negara.
Hak mereka diinjak-injak seperti daun kering.
Pendek kata, mereka pernah melalui sendiri sistem kehakiman yang uzur dan instusi perundangan yang tak berkuasa.
Messrs Mahathir and Co perlu faham bahawa usaha mereformasi Malaysia atau merawat kesihatan kewangan atau moral Malaysia adalah mustahil jika muka-muka lama dan struktur dalam sistem kehakiman dan perundangan tidak disentuh oleh angin perubahan revolusi 9 Mei.
Pastilah, tanpa baik pulih ke atas kehakiman dan sistem perundangan negara, apa saja cakap-cakap mengenai Malaysia baharu atau usaha menuju ke syurga integriti adalah makam hipokrasi paling tinggi.
Sudah enam bulan dan sekian hari berlalu.
Amat sedih sekali jika terlepas peluang untuk membersihkan sistem kehakiman dan perundangan Malaysia hingga ke akar umbi, kerana ia sudah tersaji dengan kemenangan Pakatan Harapan.
Tetapi sebenarnya, ia lebih teruk daripada kasihan. Jika peluang bersejarah untuk menjalankan reformasi ini disia-siakan, ia adalah satu pengabaian tanggungjawab. – 21 November, 2018
Komen