SEKURANG-KURANGNYA 37 orang terbunuh dalam rusuhan penjara di Venezuela.
Pejabat pendakwaraya mengatakan siasatan sudah dilancarkan untuk menyiasat “kematian 37 orang” dalam penjara terletak di Puerto Ayacucho itu.
Gabenor Librorio Guarulla sebelum ini mengeluarkan kenyataan di Twitter yang “pembunuhan besar-besaran” berlaku dan 35 mayat dijumpai.
Pendakwaraya mengatakan yang 14 pegawai cedera dalam rusuhan itu tetapi tidak mendedahkan sama ada ada pegawai yang terbunuh.
Kumpulan pemantau hak asasi banduan, A Window To Freedom dan Venezuelan Prison Observatory mengatakan 37 yang terbunuh semuanya banduan.
“Ini adalah rusuhan terburuk pernah berlaku di pusat tahanan,” kata mereka kepada AFP.
Penjara itu menempatkan 105 banduan ketika rusuhan berlaku. – AFP, 17 Ogos, 2017.
Komen