TUJUH orang termasuk dua kanak-kanak terbunuh dan 12 yang lain cedera apabila pertempuran antara kumpulan samseng berlaku di sebuah hospital di Guatemala semalam.
Polis berkata lelaki bersenjata memasuki Hospital Roosevelt di Bandar Guatemala untuk menyelamatkan seorang ahli kumpulan mereka yang sedang di rawat di situ untuk rawatan.
Mereka adalah ahli kumpulan Salvatrucha, salah sebuah kumpulan jenayah terancang paling ganas di negara itu.
Penyerang yang menaiki kereta menyelamatkan ahli kumpulan itu Anderson Daniel Cabrera, 29, yang dipenjarakan kerana membunuh tetapi sedang mendapatkan rawatan kesihatan di hospital itu.
Dua pengawal keselamatan, dua pekerja hospital, dua orang kanak-kanak dan seorang awam terbunuh.
Presiden Guatemala Jimmy Morales mengecam serangan itu.
“Memerangi kumpulan jenayah terancang adalah keutamaan kerajaan,” katanya.
Ketua Polis Negara Nery Ramos memberitahu lima penyerang itu berjaya ditangkap tetapi penjenayah yang diselamatkan mereka tidak ditemui. – AFP, 17 Ogos, 2017.
Komen