KETUA tentera Amerika Syarikat ketika lawatannya ke Beijing menggesa China agar meningkatkan tekanan terhadap Korea Utara, kata jurucakap Pentagon pada Rabu.
Jeneral Joe Dunford memberitahu Jeneral Fang Fenghui ketika pertemuan pada Selasa, AS sedia menggunakan pilihan ketenteraan sekiranya jalan diplomatik gagal, kata Kapten Darryn dalam satu kenyataan.
Dalam pertemuan tu Dunford dan Fang turut menandatangani perjanjian untuk meningkatkan komunikasi antara dua pegawai tertinggi tentera itu.
Namun Dunford menegaskan ia hanya berguna sekiranya ia membawa kepada pengurangan risiko salah faham,” kata James.
Ini katanya bukan hanya kelebihan jangka masa panjang untuk menguruskan perbezaan dua hala, tetapi terutamanya ketika keadaan kritikal kini berikutan peningkatan provookasi Korea Utara.
Jeneral AS menerima mesej jelas bahawa program peluru berpandu balistik dan nuklear Korea Utara mengancam seluruh komuniti global termasuk China, Rusia dan AS serta sekutunya, kata James.
Untuk kepentingan kestabilan serantau katanya, pada pandangan AS China digesa meningkatkan tekanan ke atas rejim Korea Utara.
Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menasihatkan China untuk menekan sekutu diplomatiknya untuk menutup program senjatanya.
Kementerian Pertahanan China dalam satu kenyataan berkata negara itu dan AS kini mengekalkan komunikasi tertutup berhubung isu antarabangsa dan serantau. – AFP, 16 Ogos, 2017.
Komen