MAHKAMAH Majistret Kajang menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,000 terhadap guru Muhammad Adib Abd Halim Yahaya kerana merotan pelajar yang tidak solat.
Peguam Adib, Khairul Amin ketika dihubungi berkata mahkamah mendapati pihak pembelaan yang mambawa empat orang saksi gagal menimbul keraguan terhadap kes guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) itu,
“Mahkamah hari ini memutuskan pihak pembelaan tidak berjaya membuat keraguan yang melampau dan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan bermula tarikh hukuman hari ini dan denda sebanyak RM2,000,” katanya.
Menurut Khairul, mahkamah juga membenarkan pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan sementara rayuan dibuat ke mahkamah tinggi.
“Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman bagi pemenjaraan tetapi denda kena bayar hari ini. Sudah dijelaskan tadi.
“Sekarang saya dalam proses untuk membuat notis rayuan ke mahkamah tinggi,” ujarnya.
Guru Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang, pada 26 Disember lalu atas tuduhan merotan pelajar yang enggan menunaikan solat ketika sesi persekolahan.
Lulusan jurusan Pendidikan, Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) yang berkhidmat sebagai guru Kafa selama empat tahun didakwa merotan empat pelajar berusia 11 tahun yang enggan dan melengahkan solat Asar.
Guru berkenaan bagaimanapun mempertahankan bahawa hukuman rotan di bahagian kaki pelajar itu, yang dilakukan pada 17 Ogos tahun lalu, bertujuan mendisiplinkan pelajar.
Akibat tindakan itu, Adib, 24 atau lebih dikenali sebagai Ustaz Adib dihadapkan ke mahkamah dan dibicarakan bermula 27 September tahun lalu. – 16 November, 2018.
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Tharan Singh · Ulasan