Masyarakat Islam Malaysia lebih berani selepas PRU14, kata pakar akademik


Dari kanan, Dr Sven Schottmann, Praveen Nagappan dan Dr Arman Rashid pada forum di Melbourne. at the Melbourne forum. – Gambar The Malaysian Insight, 15 November, 2018.

MASYARAKAT Islam di Malaysia tampil dengan lebih berani dan bersemangat untuk bersuara dalam soal kedaulatan undang-undang dan keadilan sosial selepas peralihan kerajaan pada 9 Mei lalu, kata pakar akademik pada sebuah forum universiti di Melbourne baru-baru ini.

Berdasarkan perbincangan dalam forum itu, rakyat Malaysia perlu terus kekal memantau kerajaan baharu yang kali pertama berkuasa dalam tempoh 60 tahun.

Selain politik dan ekonomi, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) turut memberi kesan terhadap isu keselamatan global dan serantau selain hubungan Australia-Malaysia.

Isu ini antara yang dibincangkan dalam program Monash University’s Update Malaysia 2018 yang dianjurkan oleh forum Monash Asia Institute dengan kerjasama Saya Anak Bangsa Malaysia in Australia (SABM) baru-baru ini.

Turut dilancarkan pada majlis itu adalah buku Mahathir’s Islam: Mahathir Mohamad on Religion and Modernity in Malaysia yang membangkitkan perbahasan mengenai Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada forum tersebut.

Buku itu menerangkan pandangan Dr Mahathir mengenai konteks Islam dan menilai implikasi yang mungkin mungkin timbul berdasarkan pandangannya terhadap masyarakat Islam konservatif di Malaysia.

Dr George Chang, pakar akademik dari Monash, berkata selepas PRU14, optimisme mengenai perubahan landskap Islam di Malaysia kelihatan berlaku di kawasan elit dan luar bandar.

Beliau berkata situasi berbeza berlaku di kawasan utama luar bandar seperti di bawah kerajaan pimpinan PAS di Kelantan dan Terengganu.

Profesor Madya Dr Sven Schottmann, penulis Jerman-Islam yang menulis buku itu dan seorang ahli panel itu berkata kawalan PAS ke atas negeri-negeri ini tidak melemahkan kepelbagaian pendapat mengenai agama di Malaysia.

“Apa yang menarik ialah keterbukaan Malaysia terhadap wacana antarabangsa.” – 15 November, 2018.

Berita penuh di sini.             


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen