Skuad Badar tidak Islamik, kata kumpulan peguam


Sebelum setiap operasinya, Skuad Badar membuat laporan polis 'untuk beritahu', yang kemudiannya mereka anggap sebagai kebenaran pihak berkuasa. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 November, 2018.

SKUAD Badar di Sungai Petani tidak mempunyai bidang kuasa untuk bertindak sebagai polis moral dan mengabaikan kedaulatan undang-undang, kata Lawyers for Liberty (LFL).

Kumpulan peguam itu berkata squad itu menyerupai tindakan sekumpulan pihak yang tidak mengikut undang-undang kerana tidak mengendahkan pihak berkuasa yang juga gagal menghentikan tindakan kumpulan itu.

“Tindakan itu tidak Islamik kerana melanggar ruang peribadi mana-mana individu dengan tujuan memalukan mereka dengan alasan membanteras aktiviti tidak bermoral,” kata pengarah eksekutif LFL Latheefa Koya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya skuad itu mendakwa kononnya memperoleh kebenaran daripada pihak masjid tempatan untuk mengganggu ruang peribadi individu lain dengan melakukan pemantauan dan menyerbu pasangan yang disyaki cuba melakukan hubungan luar nikah.

Beliau turut menuduh kumpulan itu berselindung di sebalik uniform dan menggunakan ‘surat kelulusan’ yang merupakan laporan polis sebelum mereka melakukan serbuan.

Latheefa mendakwa mereka turut mengugut untuk menghubungi jabatan agama jika pasangan yang ditahan enggan memberi kerjasama.

Katanya skuad itu mendakwa kononnya memperoleh kelulusan daripada pihak masjid tempatan untuk mengganggu ruang peribadi individu lain dengan melakukan pemantauan dan menyerbu pasangan yang disyaki cuba melakukan hubungan luar nikah.

Beliau turut menuduh kumpulan itu berselindung di sebalik uniform dan menggunakan ‘surat kelulusan’ yang merupakan laporan polis sebelum mereka melakukan serbuan.

Latheefa mendakwa mereka turut mengugut untuk menghubungi jabatan agama jika pasangan yang ditahan enggan memberi kerjasama.

“Pelanggaran dilakukan dengan jelas dalam pandangan pihak berkuasa, tetapi sikap ketidakpedulian ditunjukkan sehingga tercetus kontroversi media. Budaya memejamkan mata (tidak peduli) perlu diubah. “

Katanya kumpulan itu telah beroperasi selama dua tahun dan polis masih belum menghentikan aktiviti skuad itu.

Beliau membandingkan dengan kumpulan perusuh di India yang menyerang dan mebelasah suspek pencuri lembu, selain kumpulan sukarelawan di Filipina yang membunuh individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan dadah.

“Kewujudan berterusan kumpulan sukarelawan ini menggugat kedaulatan undang-undang dan mungkin mencetuskan tindakan yang sama di seluruh negara.

“Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa perlu dilaksanakan dengan segera. Kerajaan perlu mengambil tindakan ke atas aktiviti ini yang tidak dipedulikan oleh kerajaan terdahulu.”  – 15 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen