BAJET 2019 sepatutnya meningkatkan bantuan kepada rakyat untuk mereka mengharungi detik sukar yang dihadapi negara, kata bekas perdana menteri Naib Razak.
Ketika membahaskan bajet di Parlimen hari ini, Najib mempersoalkan mengapa bantuan kepada rakyat dikurangkan walaupun jumlah keseluruhan peruntukan bajet untuk tahun hadapan meningkat 10%.
Ketika rakyat berdepan kesusahan, kenaikan kos sara hidup, kejatuhan harga komoditi, bantuan kepada rakyat sepatutnya dinaikkan dalam Bajet 2019. Mengapa ia dikurangkan?,” katanya hari ini.
Kenyataannya itu mendapat reaksi daripada Ahli Parlimen Pakatan Harapan.
Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer mempersoalkan mengenai dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ahli Parlimen lain juga turut mahu mencelah ketika Najib membahaskan usul namun beliau tidak memberi laluan kepada sesiapa.
Bajet 2019 yang dibentangkan 2 November lalu, akan menyaksikan perbelanjaan RM314.5 bilion berbanding RM290.4 bilion pada Bajet 2018.
Najib berkata beliau telah bertemu dengan penjawat awam dan mereka mengadu kerana tidak mendapat pendapatan tambahan untuk menanggung kos sara hidup yang tinggi.
“Pakatan Harapan hanya beri bayaran khas RM500 kepada penjawat awam. Kami (Barisan Nasional) beri RM1,500 dalam bentuk kenaikan gaji. Kami menjaga penjawat awam,” tambah Najib.
Tambahnya mereka yang tinggal di bandar juga mengadu berhubung kenaikan kos sara hidup.
“Ketika saya tanya mereka, mereka menyatakan sebelum PRU14, PH berjanji satu troli boleh dipenuhi hanta dengan RM50. Ttetapi apa yang berlaku selepas PRU14?,” soal Najib, dan menyatakan tiada apa yang berubah. – 14 November, 2018
Komen