TAWARAN pinjaman RM1 bilion oleh kerajaan negeri Sarawak kepada Putrajaya bagi mempercepatkan kerja pembaikan kira-kira 1,020 sekolah usang di negeri itu, dianggap sebagai “taktik politik” oleh Adun Kota Sentosa Chong Chieng Jen.
“Kenapa beri sebagai pinjaman?,” katanya pada sidang media untuk menolak kenyataan dibuat terlebih dulu oleh Menteri Pendidikan Sarawak Michael Manyin di sidang dewan undangan negeri hari ini.
“Jika anda ada duit, kenapa pinjamkan kepada kerajaan persekutuan? Kenapa tidak kerajaan negeri teruskan saja baiki sekolah-sekolah itu?,” kata Chong yang juga timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna.
Chong berkata hujah kerajaan negeri bahawa pendidikan terletak di bawah bidang kuasa persekutuan dan kerajaan negeri perlu minta kebenaran untuk melakukan kerja pembaikan, tidak boleh diterima.
Katanya, taktik politik itu menjadikan “pelajar sebagai tebusan”.
Ketua Menteri Abang Johari Openg berulang kali berkata bahawa kerajaan persekutuan belum menjawab tawaran itu.
Manyin berkata ketua menteri turut menulis surat kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 1 Ogos berkenaan tawaran itu.
Bagaimanapun katanya, setakat ini masih belum menerima jawapan daripada menteri kewangan. – 13 November, 2018.
Baca berita penuh di sini.
Komen