Sidang Parlimen terganggu dua kali berhubung Bajet 2019


Chan Kok Leong

Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 13 November, 2018

PROSIDING di Dewan Rakyat terganggu dua kali sebelum ditangguhkan untuk makan tengah hari hari ini.

Kali pertama adalah apabila Menteri Kewangan Lim Guan Eng terpesong dari norma untuk memberi maklum balas  kepada Anwar Ibrahim (Port Dickson-PH) semasa perbahasan Bajet 2019.

“Beliau (Anwar) bukan ahli Parlimen biasa. Kementerian Kewangan ingin memberi jaminan bahawa pihak berkepentingan kecil, nelayan dan petani tidak akan disisihkan.

“Cadangan beliau adalah munasabah dan mesti dipertimbangkan,” kata Lim.

Dengan konvensyen, Menteri Kewangan sentiasa menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan semasa perbahasan ketika beliau menggulung semasa perbahasan selesai.

Terdahulu, semasa perbahasan Anwar mencadangkan agar kerajaan menangguhkan pengembalian bayaran balik GST kepada syarikat-syarikat untuk memperuntukkan dana bagi membantu pekebun kecil, nelayan dan petani.

“Saya merayu kepada MOF untuk mengkaji dan meluluskan sejumlah wang untuk membantu penoreh getah semasa musim hujan dan musim kemarau dan insentif bagi petani padi yang paling miskin. – 13 November, 2018

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen