PEMILIHAN PKR perlu diteruskan walaupun terdapat maslaah dalam proses pengundian, kata presiden Anwar Ibrahim.
Mengakui terdapat beberapa isu dalam sistem e-voting, beliau berkata proses itu mesti diteruskan bagi membolehkan parti terus bergerak ke hadapan.
“Kami terima banyak aduan, dan jika kamu tanya saya, kami akan siasat semuanya. Kami adalah telus.
“Tetapi apa yang penting adalah proses itu perlu diteruskan. Kita tidak boleh menangguhkannya lagi, tapi saya tahu tentang jelemahan sistem, dan ia diakui dari awal lagi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Anwar berkata terdapat keraguan dalam pemiihan parti yang mungkin tidak telus dan pembuangan undi menimbulkan keraguan.
Beliau mengakui isu berkenaan dan menegaskan proses itu masih perlu dipatuhi.
“Dalam proses demokrasi, ia adalah perkara biasa untuk menang dan kalah. Mereka yang tidak berpuas hati, ada satu proses yang akan dibangkitkan dan kita harus memeriksa semua aduan.
“Tetapi parti itu tidak boleh ditangguhkan lagi. Inilah yang saya mahu tegaskan,” tambah Anwar. – 13 November, 2018
Komen