PKR Sarawak lapor SPRM, dakwa undi Julau dibeli


Desmond Davidson

Pemilihan di Julau dipenuhi kontroversi sehingga memaksa campur tangan SPRM dan polis. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 November, 2018.

KETUA Penerangan PKR Sarawak Vernon Kedit sekali lagi membuat laporan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kali ini mendakwa wujudnya pembelian undi “terang-terangan dan tidak terkawal” di Cabang Julau.

Ketua Cabang Betong itu berkata beliau berada di Pejabat SPRM di Jalan Laksamana Cheng Ho, Kuching untuk menghantar “bukti tidak dapat disangkal mengenai skim terancang dan dilaksana dengan hati-hati dengan niat memanipulasi proses dan hasil pemilihan parti”.

Keputusan pemilihan di Julau pada Sabtu digantung selepas polis merampas beberapa tablet digunakan dalam proses e-voting yang didakwa digodam.

Kedit menyifatkan bukti yang disimpan dalam “thumb drive” itu sebagai “mengejutkan dan menggemparkan”.

“Butiran sangat mengejutkan, dan modus operandi menjijikan.

“Bukti tersebut kuat, dan kami menyerahkan kepada SPRM untuk ambil tindakan sewajarnya.

“Kami berterima kasih, menghormati dan memuji keberanian rakyat Julau yang tampil ke hadapan mendedahkan amalan korup ini, yang merupakan penghinaan kepada pendirian parti.”

Ketua Unit Data dan Sistem Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR Alvin Teoh ditahan di Lapangan Terbang Sibu pagi semalam sebelum berlepas ke Kuala Lumpur dan disoal siasat selama empat jam. – 12 November, 2018.

Berita penuh di sini.

 

 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen