TIMBALAN Menteri Pertahanan Liew Chin Tong mengekalkan kedudukannya sebagai pengerusi DAP Johor bagi penggal 2018 hingga 2020.
Pelantikan itu diputuskan oleh jawatankuasa yang dipilih dalam Konvensyen Biasa DAP Negeri Johor 2018 hari di Hotel New York, Johor Bahru hari ini.
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching pula dipilih sebagai timbalan pengerusi DAP negeri itu.
Satu-satunya wakil India iaitu Ramakrishnan Suppiah dipilih sebagai salah seorang dari dua naib pengerusi. Seorang lagi yang dipilih adalah Tan Chen Choon.
Tan Hong Pin dilantik sebagai setiausaha DAP Johor, manakala Ee Chin Li dilantik sebagai bendahari, dan Ng Yak Howe dipilih sebagai setiausaha organisasi DAP negeri.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Sheikh Omar Bagharib Ali menjadi satu-satunya wakil Melayu dalam kepimpinan DAP Johor apabila dipilih sebagai setiausaha publisiti.
Pengarah pendidikan politik yang dipilih adalah Cheo Yee How.
Ahli jawatankuasa DAP Johor yang terpilih terdiri daripada Yeo Bee Yin, Wong Shu Qi, Yeo Tung Siong, Liow Cai Tung, Boo Cheng How, Gan Peck Cheng, dan Lim Eng Guan.
Pemilihan hari ini dilaksanakan oleh 441 atau 70.56% perwakilan daripada keseluruhan 625 orang perwakilan.
Sejumlah 433 undi dikeluarkan dengan 406 undi sah dan 27 undi rosak. – 11 November, 2018.
Komen