KETUA unit teknologi maklumat (IT) dan sistem jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) PKR Alvin Teoh dibebaskan dengan ikat jamin polis selepas disoal siasat selama empat jam oleh polis Sibu.
Teoh disiasat berhubung dakwaan penggunakan aplikasi yang tidak dibenarkan pada berpuluh-puluh komputer tablet yang digunakan untuk proses pengundian e-voting pada sesi pemilihan PKR di cabang Julau semalam.
Peguamnya, Yap Hoi Liong memberitahu The Malaysian Insight bahawa Teoh, 44, disoal siasat di ibu pejabat polis daerah Sibu dari pukul 12.30 tengah hari hingga 4 petang.
Beliau ditahan pukul 9.45 pagi hari ini di lapangan terbang Sibu ketika mahu menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Yap berkata Teoh akan kembali ke Kuala Lumpur esok selepas menjelaskan bayaran ikat jaminnya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Sarawak Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata Teoh ditahan berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga Rodziah Ismail di balai polis Julau petang semalam.
Berdasarkan aduan Rodziah, beliau menyatakan ternampak Teoh memeriksa setiap komputer tablet di pusat pengundinan di stadium Willaim Mawan kira-kira pukul 2.30 petang.
Beliau juga dimaklumkan bahawa sistem e-voting yang digunakan pada pemilihan parti itu telah digodam oleh perisian “Prey” dan mengesyaki Teoh sebagai dalang kejadian serangan siber itu.
Mustafa berkata polis turut merampas komputer riba Teoh, sebuah iPad, dua buah iPhone dan lima pemacu cakera.
Mustafa berkata Teoh disiasat di bawah Akta Jenayah Komputer 1977 kerana mengubah kandungan komputer tanpa mendapatkan kebenaran.
Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan dendan sebanyak RM100,000 dan tujuh tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Berita penuh di sini.
Komen