Iraq lancar serangan udara ke atas militan IS


Persiapan giat dijalankan untuk melancarkan serangan udara ke atas militan IS bagi mendapatkan kembali bandar Tal Afar yang menjadi kubu kuat gerakan militan itu sebelum serangan darat dilancarkan. – Gambar EPA, 15 Ogos, 2017.

PESAWAT pejuang Iraq melancarkan serangan udara pada Selasa terhadap kumpulan IS di Tal Afar sebagai persediaan untuk melancarkan serangan darat bagi merampas kembali bandar di sempadan Syria, kata angkatan tentera.

Tal Afar kekal sebagai kubu pertahan militan IS di utara Iraq selepas bandar kedua Mosul ditawan tentera Iraq yang merupakan tamparan hebat kepada kumpulan militan terbabit.

“Persiapan sedang dijalankan dan kini hanya menunggu arahan daripada ketua komander (Perdana Menteri Haider al-Abadi) untuk melancarkan serangan, kata jurucakap Pusat Operasi Bersama (JOC).

Jurucakapnya Yahiya Rasul berkata walaupun serangan utama terhadap Tal Afar belum lagi dilancarkan, pasukan tentera udara kini menggempur posisi utama militan di bandar itu.

Rancangan untuk mendapatkan semula Tal Afar diumumkan pada Isnin oleh ketua polis Raed Shakir Jawdat, yang berkata “pasukan berperisan dan unit elit” kini sedang dalam menuju ke bandar itu.

Unit terbabit, yang tidak bernombor, “berada dalam posisi serang sebagai persediaan untuk pertempuran seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Turut menyertai serangan itu Hashed al-Shaabi, gabungan paratentera Syiah yang digerakkan sejak 2014 untuk menhalang kemaraan militan.

“Komander Hashed al-Shaabi mengadakan pertemuan pada Sabtu dengan tentera dan polis untuk menentukan rancangan membebaskan Tal Afar,” kata jurucakap Ahmed al-Assadi.

 Abadi dijangka mengumumkan pelancaran serangan darat namun tiada petunjuk bila ia akan dilancarkan.

JOC berkata, menteri pertahanan pada Selasa memecat jurucakap rasminya, Brigadier Jenerla Mohammed al-Khodari, kerana membuat pemgumuman salah permulaan operasi itu.

Khodari melalui perbualan telefon kepada media tempatan berkata, serangan darat ke atas Tal Afar sudah dilancarkan namun kenyataannya dinafikan beberapa pegawai kanan tentera. – AFP, 15 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen