Masalah teknikal di Julau, keputusan ditangguh


Desmond Davidson

KEPUTUSAN pemilihan PKR di cabang Julau terpaksa ditangguh berikutan berlaku masalah teknikal.

Ketua pemantau di pusat pengundian yang diadakan di Stadium William Mawan di Kompleks Sukan Julau, Mohd Azahari Daud pada jam 5.30 petang tadi memberitahu pemberita oleh kerana pengundian dijalankan secara offline, sistem perlu diselaraskan sekali lagi.

Azahari berkata beliau tidak tahu berapa lama proses itu akan mengambil masa kerana ia diuruskan oleh pakar IT dan pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

Pengumuman akan dibuat oleh JPP, katanya.

Azhari berkata jumlah yang keluar mengundi melebihi 13,000 orang termasuk 12,000 ahli baru adalah diluar jangkaan.

Beliau menanggarkan antara 1,500 hingga 2,000 yang keluar mengundi.

Kelihatan majoriti  yang keluar mengundi adalah penyokong Ahli Parlimen Julau Larry Sng yang bertanding bagi jawatan pengerusi cabang Julau.

Sng merupakan penyokong kuat calon timbalan presiden Rafizi Ramli. – 10 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen