Umno sokong rayuan Musa berhubung kedudukan ketua menteri Sabah


SM Amin

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau berharap kepimpinan Umno Sabah turut sama memberi sokongan terhadap keputusan Musa itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 9 November, 2018.

MAJLIS Tertinggi (MT) Umno menyokong penuh keputusan Musa Aman untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengekalkan Shafie Apdal sebagai ketua menteri Sabah.

Presiden Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau berharap kepimpinan Umno Sabah turut sama memberi sokongan terhadap keputusan Musa itu. 

“Majlis Tertinggi menyokong tindakan Musa Aman untuk membuat rayuan terhadap keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi semalam. 

“Kita harap kepimpinan dan ahli Umno Sabah akan kekal bersama di dalam sebuah pasukan yang kuat dan kita terus menyokong sebarang tindakan perundangan dan juga tindakan politik oleh Umno Sabah,” katanya selepas mempengerusi mesyuarat MT hari ini. – 9 November, 2018.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen