PEMILIHAN PKR tidak ditangguhkan walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat cabang Julau di Sarawak, kata Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).
“Julau esok kita akan diteruskan. Kita buat seperti yang dirancang. Lagipun kita tidak terima arahan daripada pucuk pimpinan parti.
“Hal ini tertakluk di bawah kuasa Majlis Pimpinan Pusat (MPP). MPP yang perlu bermesyuarat. Tapi setahu saya tiada sebarang mesyuarat mengenainya. Tetapi kalau ada arahan kita akan buat (penangguhan),” katanya kepada The Malaysian Insight.
Beliau mengulas mengenai gesaan beberapa pimpinan yang mahu cabang Julau ditangguhkan bagi memberi laluan kepada siasatan SPRM.
Cabang tersebut menimbulkan kontroversi selepas hampir 13,000 pengundi baharu yang diragui didaftar.
Peningkatan yang mendadak dipersoalkan selain 11,000 pengundinya didaftarkan pada 11 alamat yang sama.
Bagaimanapun, JPP berkata pihaknya boleh membatalkan keputusan sekiranya ada konflik dan bantahan berlaku selepas siasatan SPRM selesai.
“Kita buat dulu. Sekiranya ada apa-apa terbaru (dari SPRM). Kita boleh batalkan keputusan dan tidak ambil kira undi cabang tersebut,” katanya.
Sebanyak 29 cabang di Sarawak akan mengadakan pemilihan dua hari iaitu 10 dan November ini. – 9 November, 2018.
Komen