Iran ancam tarik balik perjanjian nuklear dengan AS


Presiden Iran Hassan Rouhani menegaskan akan menarik balik perjanjian dengan AS berhubung nuklear berikutan sekatan yang dibuat di bawah pentadbiran Donald Trump.– Gambar EPA, 15 Ogos, 2017.

PRESIDEN Hassan Rouhani memberi amaran pada Selasa Iran akan membatalkan perjanjian nuklear 2015 dengan negara kuasa dunia sekiranya Amerika Syarikat terus mengadakan sekatan baru.

Dalam ucapannya di parlimen, dia turut menyelar rakan sejawatnya dari AS Donald Trump dan berkata dia menunjukkan kepada dunia Washington “bukanlah rakan kongsi yang baik”.

Rouhani membuat kenyataan itu ketika perjanjian nuklear berada pada tekanan memuncak selepas Tehran menjalankan ujian peluru berpandu dan serangan, dan Washington mengumumkan sekatan baru – di mana kedua-dua pihak itu saling tuduh menuduh melanggar perjanjian.

Rouhani memberi amaran Iran sedia membatalkan perjanjian itu, yang menyaksikan pembatalan sekatan paling banyak untuk mengatasi program nuklearnya, jika AS masih berdegil.

“Pengalaman dalam kegagalan sekatan dengan pentadbiran terdahulu gagal dibawa ke meja rundingan,” kata Rouhani.

“Sekiranya mereka ingin melalui pengalaman itu lagi, pastinya dalam masa yang singkat bukan seminggu atau sebulan, tetapi hanya dalam beberapa jam atau hari, kami akan meneruskan situasi sebelum ini dengan lebih kuat,” katanya.

Rouhani berkata Trump menunjukkan dirinya bukan rakan kongsi yang boleh dipercayai bukan sahaja kepada Iran tetapi juga sekutunya yang lain.

“Beberapa bulan ini, dunai menyaksikan AS yang berterusan melanggar perjanjian JCPOA (perjanjian nuklear), turut mengabaikan beberapa perjanjian antarabangs alain dna ia menunjukkan kepada sekutunya, AS bukan rakan kongsi yang baik,” katanya. – AFP, 15 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen