Tiga warga British dipenjara, sebat kerana mencabul


TIGA warga British dijatuhkan hukuman penjara dan sebat kerana merogol seorang wanita warga Malaysia ketika menghadiri satu parti di Singapura.

Khng Tam Thanh, Le Michael Vu dan Vu Thai Son yang pada asalnya didakwa merogol namun mengaku bersalah pada Isnin atas kesalahan lebih ringan iaitu mencabul kehormatan selepas empat hari perbicaraan kes itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Hoo Sheau Peng menyelar tingkah laku dan perbuatan tercela mereka dan menjatuhkan hukuman penjara antara lima hingga enam tahun setengah.

Mereka turut dijatuhkan hukuman antara kima hingga lapan sebatan setiap seorang. Hukuman sebat wujud sejak zaman penjajahan British di Singapura.

Serangan itu berlaku di Singapura pada September tahun lalu, apabila ketiga-tiga tertuduh melancong ke bandar di negara itu untuk menghadiri sebuah parti.

Selepas menghadiri sebuah festival muzik, ketiga-tiga tertuduh bertemu dengan mangsa yang berusia 23 tahun di sebuah pusat hiburan yang kemudiannya mengikut salah seorang daripada tertuduh ke bilik hotel.

Kemudian, Khong, 22, Le dan Vu kedua-duanya berusia 24 tahun bergilir memasuki bilik di mana mangsa yang mabuk tidak sedarkan diri sebelum mengadakan hubungan seks dengannya. Mangsa kemudiannya tersedar dan menyedari dirinya dicabul. – AFP, 15 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen