Hakim Hishamudin Yunus lancar buku penghakiman penting 


Chan Kok Leong

Hakim yang tidak pernah dinaikkan ke Mahkamah Persekutuan itu akan menerbitkan bukunya mengenai penghakiman sepanjang kariernya selama 23 tahun.– Gambar fail The Malaysian Insight, 8 November, 2018

DIHORMATI oleh ramai pengamal undang-undang sebagai salah seorang hakim paling berani di Malaysia, Hakim Mohd Hishamudin Mohd Yunus akan melancarkan bukunya, “Hishamudin Yunus: Celebrating Judicial Independence”, hari ini.

Buku berkenaan, kompilasi daripada 29 penyumbang, adalah mengenai penghakiman Hishamudin sepanjang kariernya selama 23 tahun.

Hishamudin, yang menulis 700 penghakiman, tidak pernah dinaikkan ke Mahkamah Persekutuan walaupun disyorkan oleh Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman pada tahun 2013.

Dalam wawancara pada 2015, Hishamudin mendakwa kenaikan itu disekat oleh perdana menteri ketika itu Najib Razak.

Hishamudin, yang mula menyertai bidang perundangan pada 1994, merupakan kelahiran Negeri Sembilan. Selepas menamatkan pengajian di  London School of Political Science, University of London, dalam bidang ijazah undang-undang dan memperoleh ijazah pascasiswazah dari London School of Economics, Hishamudin memegang sebagai majistret di Kuala Lumpur.

Selepas berkhidmat dengan Jabatan Peguam Negara dan kerajaan negeri Selangor, Hishamudin telah dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada tahun 1992 dan hakim Mahkamah Tinggi pada 1994. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan pada April 2009.

Selama memegang jawatan sebagai seorang hakim, Hishamudin terkenal dengan integritinya, kebebasan tanpa rasa takut dan kerana komitmen terhadap ketuanegaraan Perlembagaan Persekutuan.

Antara kes-kes penting yang dipengerusikan Hishamudin ialah Abdul Ghani Haron vs KPN.

Dalam kes melibatkan Akta Keselamatan Dalam Negeri itu, Hishamudin berpendapat bahawa pemohon habeas corpus mempunyai hak untuk hadir di mahkamah semasa prosiding.

Walaupun keputusan itu kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan, kes itu menyaksikan beberapa perdebatan seperti jika terdapat tuduhan penyiksaan atau kematian tahanan, satu-satunya cara untuk membuktikan fakta adalah untuk membawa tahanan di mahkamah.

Hujahan lain yang kontroversial adalah bahawa  polis untuk mudi bicara polis membuat tangkapan bukan mutlak dan semakan kehakiman tentang budi bicara eksekutif adalah mungkin jika alasan penangkapan tidak diberikan atau ada sangkaan buruk terhadap pihak polis.

Ketiga, Hishamudin memutuskan bahawa polis juga boleh dihalang daripada menangkap semula tahanan selepas pembebasannya.

Dalam satu lagi kes yang melibatkan lelaki berpakaian wanita (Muhamad Juzaili, 2015), Hishamudin sekali lagi menunjukkan komitmennya terhadap Perlembagaan apabila beliau memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen negeri Negeri Sembilan yang menghukum orang yang berpakaian seperti wanita, tetapi tidak mengenakan hukuman yang sama terhadap wanita, adalah satu pelanggaran doktrin kesamaan.

Untuk kebebasan bersuara, Hishamudin dan Linton Albert berpegang kepada Seksyen 15 (5) (a) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang menghalang pelajar daripada menyatakan sokongan atau simpati kepada mana-mana parti politik bertentangan dengan Perkara 10 (Kebebasan Bersuara) dalam Perlembagaan Persekutuan.

Keberaniannya tidak terhad kepada perkara kebebasan awam yang melibatkan kerajaan. Dalam kes-kes Syariah, beliau telah tampil apabila orang lain menyerahkan bidang kuasa kepada mahkamah syariah.

Dalam kes Kadar Shah Tun Sulaiman pada 2008, beliau memutuskan bahawa amanah, walaupun ia adalah antara orang Islam, tertakluk kepada bidang kuasa persekutuan. Dan pada kes Siti Hasnah Vangarama Abdullah pada tahun 2012, beliau berpendapat bahawa perlembagaan penukaran yang melibatkan hak asasi di bawah Artikel 11 dan 12 adalah dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Hishamudin dilantik sebagai Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) pada bulan September. – 8 November, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen