Sarawak tubuh jawatankuasa penasihat wakil MA63


Desmond Davidson

Menteri Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah membentangkan penubuhan jawatankuasa itu hari ini, yang diterima sebulat suara DUN Sarawak. – Gambar The Malaysian Insight, 6 November, 2018.

MENTERI Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah membentangkan usul penubuhan sebuah jawatankuasa perunding bagi menyenaraikan perkara untuk diserahkan kepada wakil negeri itu dalam Jawatankuasa Khas Kabinet MA63 di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Usul itu diterima sebulat suara di DUN Sarawak.  

Abdul Karim dalam pembentangan usul itu berkata jawatankuasa itu akan memberikan pandangan penting berdasarkan aspirasi penduduk Sarawak bagi “melindungi kepentingan, hak dan kedudukan istimewa Sarawak seperti termaktub dalam MA63 dan Perlembagaan Persekutuan”.

Beliau menambah yang jawatankuasa itu diharapkan dapat memenuhi hasrat penduduk Sarawak yang mahukan autonomi serta kuasa kerajaan negeri yang lebih besar.

Adun Asajaya itu berkata sokongan sebulat suara terhadap usul itu menghantar merupakan petanda yang penduduk Sarawak teguh dalam pendirian mereka untuk menuntut kembali hak dan kepentingan negeri yang selama ini dihakis kerajaan pusat.

Jawatankuasa itu akan disertai oleh 14 orang Adun daripada pelbagai parti politik yang dianggap “perwakilan rakyat”.

Karim mencadangkan jawatankuasa seramai 11 orang tetapi Adun Kota Sentosa Chong Chieng Hen membantah “perwakilan berat sebelah” tersebut kerana hanya dua orang wakil pembangkang didalamnya- seorang Adun PKR dan seorang Adun DAP.

Karim dalam ucapannya itu berkata beliau akan menyerahkan kepada jawatankuasa untuk mempertimbangkan cadangan Chong yang mahukan wakil tambahan untuk DAP dan PKR.

Chong mencadangkan jawatankuasa melibatkan Ali Biju (PKR-Krian) dan Chiew Chiu Sing (DAP- Tanjung Batu).

Ahli jawatankuasa yang dicadangkan Karim ialah Speaker Mohd Asfia Awang Nassar yang akan menjadi pengerusi, Wong Soon Koh (Bawang), Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (Samariang), Abdullah Saidol (Semop), Snowdan Lawan (Balai Ringin), Idris Buang (Muara Tuang), Sebastian Ting (Piasau ), Henry Harry Jinep (Tasik Biru), See Chee How (PKR-Batu Lintang), Ali Biju (PKR-Krian), Irene Chang (DAP- Bukit Assek) dan Chiew Chiu Sing (DAP-Tanjung Batu). – 6 November, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen